Thursday, February 10, 2011

Tanam timun batu

Selepas menanam kacang bendi kami mula projek timun batu pulak,projek ni aku rasa penat sikit, sebab nak kena cari kayu untuk buat tiang pukat,untuk pokok timun menjalar.





Anak pokok timun,semai lebih kurang 300 pokok.






Dah boleh pindah kat batas dah ni.







Kayu tu semua abng Long sorang ja yang pacakkan.




Pukat yang di sponser oleh Pak long Jais.




Dah tanam kat batas.Sebenarnya batas ni dah diguna semula.







Pokok dah mula berbunga.





Haa ni buah sulung kami.




Banyak pokok dah mula berbuah.





Aku rasa puas tenggok pokok yang mula memberikan hasil.




Buah sulung dah boleh petik.





Aku try makn buah ni..sedap tak pahit.




Info tentang timun dan panduan menanam timun.


Tuesday, February 8, 2011

Tanam sawi

Cuba-cuba tanam sawi,rasa cam ok ja.Pasaran pun kira ok la..banyak permintaan..



Anak sawi usia 10 hari (rasanya xingat dah)





Dah pindah kat batas.





Tanam dalam 3 batas ja.




Dah mula membesar.



Lambat taruk baja..daun dah kuning sikit.



Ni dah ok sikit



Usia pokok hampir 30 hari




Dah boleh cabut dah.



Rasanya pokok sawi kami ni menjadi jugak ni...








Info tentang sawi dan panduan menanam sawi.

Tuesday, February 1, 2011

Tanam bendi



Ini tanaman utama dikebun kami,pokok bendi atau dikenali juga dengan nama pokok kacang lendir.Nak tahu lebih banyak tentang bendi ni, cari je info dekat google tu, malas laa nak copy paste dari website orang..ni kat bawah ni gambar pokok bendi yang sempat diambil.






Pokok bendi usia 3 minggu.




Dah mula nak berbunga.



Bunga pokok bendi.




Lebih kurang sebulan pokok bendi dah mula berbuah.




Tiap-tiap hari boleh kutip buah bendi.






Buah bendi yang panjang dan lurus camni kira ensem laa..




Dah boleh kutip buah bendi apabila panjang buah dalam 6 inci.






Inilah hasilnya setiap hari.





Apasal lak ni ???





Alaaa...ulat penggorek batang..banyak gak pokok yang kena..terpaksa laa guna racun jugak.





Banyak ni ja yang tanam..dalam 300 pokok.



nak tahu lebih lanjut pasal bendi ni sila klik kat link ni...www.agribdc.gov.my/ladysfinger

Info tentang bendi dan panduan menanam bendi.

Monday, January 31, 2011

Tanam Kangkung

Kangkung antara sayur yang mudah di tanam..Buat batas,tabur benih,siram,taruk baja..lebih kurang sebulan dah boleh makan atau jual..




Anak kangkung lebih kurang 1 minggu.





Kangkung 2 minggu



Dekat 4 minggu..dah ready untuk dicabut.




Ada orang nak beli 5 kilo



Info tentang kangkung dan panduan menanam kangkung.


Kangkung ni popular la di masak kankung goreng belacan.

resepinya;

Bahan-Bahan:
600 gm kangkung, dibersihkan dan disejatkan
½ cawan minyak untuk menumis
Garam secukupnya
5 tangkai cili merah - digiling

6 ulas bawang putih - digiling
6 biji bawang merah - digiling
1 sm belacan - digiling
50 gm udang kering - digiling

Cara:

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan giling hingga wangi. Kemudian masukkan kangkung dan garam.Kacau sehingga rata adunannya pastu sedia diangkat dan dihidangkan..





Wednesday, January 26, 2011

Labu madu.

Orang berkebun aku pun nak berkebun jugak,tapi entah la nak berjaya atau tak.Skang ni tengah belajar2.apa pon aku nak cuba laa dulu..Terima kasih untuk Abng Long a.k.a Zul Black kerana sudi mengajak aku berkebun bersamanya dan memberi tunjuk ajar bab berkebun ni...Aku suka tenggok pokok yang aku tanam mula membesar dan nampak hijau ja..ha kat bawah ni antara spesis-spesis yang aku tanam ..


Labu madu.


Pokok labu madu.3 minggu


Benih pokok labu ni aku semai dari biji buah labu aku beli kat kedai jual ikan/sayur.Ada 12 anak pokok yang hidup,semuanya sihat-sihat belaka.Bila laa agaknya nak dapat makan buah labu aku tanam sendiri ni....kalau masak lemak perghh sodap..




Pokok labu madu.5 minggu


Ish aku rasa macam lambat besar ja pokok labu aku ni..tak cukup baja kot.Tu laa orang berkebun aku pon nak berkebun tu laa pasal..kena pegi kursus dulu laa bab kebun2 ni....ish ish labu labuu..


Barisan pokok labu madu.


Nak kena mesin rumput la kat situ dah semak sangat dah tu, alamak aku mana tau mesin rumput,galas mesin pon tak penah seumur hidup aku..adoyaii..kena guna cangkul la nampaknyaa...cangkul pon cangkul lahh...


Info tentang labu dan panduan menanam labu.