Monday, January 31, 2011

Tanam Kangkung

Kangkung antara sayur yang mudah di tanam..Buat batas,tabur benih,siram,taruk baja..lebih kurang sebulan dah boleh makan atau jual..




Anak kangkung lebih kurang 1 minggu.





Kangkung 2 minggu



Dekat 4 minggu..dah ready untuk dicabut.




Ada orang nak beli 5 kilo



Info tentang kangkung dan panduan menanam kangkung.


Kangkung ni popular la di masak kankung goreng belacan.

resepinya;

Bahan-Bahan:
600 gm kangkung, dibersihkan dan disejatkan
½ cawan minyak untuk menumis
Garam secukupnya
5 tangkai cili merah - digiling

6 ulas bawang putih - digiling
6 biji bawang merah - digiling
1 sm belacan - digiling
50 gm udang kering - digiling

Cara:

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan giling hingga wangi. Kemudian masukkan kangkung dan garam.Kacau sehingga rata adunannya pastu sedia diangkat dan dihidangkan..





Wednesday, January 26, 2011

Labu madu.

Orang berkebun aku pun nak berkebun jugak,tapi entah la nak berjaya atau tak.Skang ni tengah belajar2.apa pon aku nak cuba laa dulu..Terima kasih untuk Abng Long a.k.a Zul Black kerana sudi mengajak aku berkebun bersamanya dan memberi tunjuk ajar bab berkebun ni...Aku suka tenggok pokok yang aku tanam mula membesar dan nampak hijau ja..ha kat bawah ni antara spesis-spesis yang aku tanam ..


Labu madu.


Pokok labu madu.3 minggu


Benih pokok labu ni aku semai dari biji buah labu aku beli kat kedai jual ikan/sayur.Ada 12 anak pokok yang hidup,semuanya sihat-sihat belaka.Bila laa agaknya nak dapat makan buah labu aku tanam sendiri ni....kalau masak lemak perghh sodap..




Pokok labu madu.5 minggu


Ish aku rasa macam lambat besar ja pokok labu aku ni..tak cukup baja kot.Tu laa orang berkebun aku pon nak berkebun tu laa pasal..kena pegi kursus dulu laa bab kebun2 ni....ish ish labu labuu..


Barisan pokok labu madu.


Nak kena mesin rumput la kat situ dah semak sangat dah tu, alamak aku mana tau mesin rumput,galas mesin pon tak penah seumur hidup aku..adoyaii..kena guna cangkul la nampaknyaa...cangkul pon cangkul lahh...


Info tentang labu dan panduan menanam labu.